fata bestari
KURSUS ASAS CCTV 2024
Daftar Kursus CCTV 2023/24 Setiap Rabu & Sabtu
Terbuka untuk 15 tahun ke atas
KELEBIHAN KURSUS
-
Peluang mendapat pekerjaan
-
Dapat Meningkatkan Keyakinan Diri
-
Dapat membantu ekonomi keluarga
-
Dapat membangunkan Bisnes sendiri
-
Dapat melatih pekerja menjadi lebih mahir
SINOPSIS
- Asas Sistem CCTV
- Jenis-jenis CCTV serta perkembangan CCTV
- Keperluan dan kepentingan CCTV
- Spesikasi kamera (Analog & Digital)
- Spesikasi DVR
- Jenis-jenis kabel yang sesuai untuk
pemasangan CCTV
- Jenis-jenis aksesori
(BNC Connector, Surge Protector, Power Supply,
UPS, Adapter, dan lain-lain) - Design & Wiring CCTV
- Asas Pemasangan CCTV (Analog & digital (IP kamera))
- Penggunaan Aksesori
- Setting DVR dan NVR
- Masalah utama CCTV
- Tempat dan sudut pemasangan
Tuan Aufa Bin Fakhrur
Tuan Ramadan
Tuan Fathul
Tarikh : Setiap Hari Rabu & Sabtu
Masa : 10.00am – 5.00pm
Tempat : Sri Pristana, Saujana Utama
Peserta : 10 orang shj (tempat terhad)
Umur : terbuka 15 tahun ke atas
Penyertaan akan di sertakan sijil kursus
Kursus Asas CCTV
Projek Full Renovation Klinik
Video progress kerja
TASKA patut diwajibkan pasang CCTV
TASKA wajib pasang CCTV
Kuala Lumpur: Semua pusat jagaan kanak-kanak (TASKA) sewajarnya diwajibkan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memudahkan pemantauan bagi mengesan sebarang kes kecuaian dan penderaan terhadap kanak-kanak di premis mereka.
Rata-rata ibu bapa dan wanita yang ditemui menggesa pengusaha TASKA menyediakan CCTV berikutan ada kes penderaan dan kecuaian berlaku ketika anak ditinggalkan di bawah pengawasan pengasuh sepanjang mereka bekerja.
Pekerja swasta, Rozieta Khamsi, 33, berkata CCTV antara alat keselamatan yang dapat membantu ibu bapa memantau terus aktiviti, keselamatan dan penjagaan anak ketika di TASKA.
Kurangkan ibu bapa risau
“Pada masa sama, mungkin ibu bapa juga boleh menghubungkan sistem CCTV dengan aplikasi telefon pintar bagi membolehkan mereka memantau sendiri keadaan anak di tempat kerja. Ini dapat mengurangkan kerisauan ibu bapa mengenai keadaan anak mereka.
“Saya mencadangkan kerajaan memberikan bantuan seperti baucar pembelian CCTV bagi setiap ibu bapa yang menghantar anak ke Taska ataupun rumah pengasuh supaya lebih ramai berpeluang meningkatkan keselamatan anak ketika jauh daripada mereka,” katanya kepada BH.
Kes bayi didera di TASKA
Dalam kejadian terbaru, sekeping gambar memaparkan tiga bayi diikat pada mulut dan badan masing-masing, didakwa menjadi mangsa dera ketika dalam jagaan sebuah TASKA dekat Seksyen 15, Bandar Baru Bangi yang dimuatkan dalam laman web.
Gambar berkenaan menjadi viral dan mengundang kecaman netizen selepas dimuat naik ke akaun Facebook menggunakan nama Ayahanda Abdul Rani Kulup dan sudah dikongsi pengguna media sosial terbabit.
Bagi ejen insurans berdaftar, Nur ‘Izzah Norman, 33, berkata ibu bapa perlu lebih peka dan menyiasat status dan latar belakang TASKA sebelum menghantar anak mereka.
“Isu ini bukan satu yang baharu dan semakin meruncing. Ibu bapa perlu peka kepada keadaan dan sejarah TASKA, siapa yang menjaga anak mereka, jadual aktiviti anak seharian dan juga menjenguk anak sesekali di Taska.
“Jadi, pengasuh dan pihak TASKA akan rasa lebih bertanggungjawab apabila melihat ibu bapa begitu mengambil berat keadaan anak mereka,” katanya.
CCTV boleh bantu kekang kes penderaan kanak-kanak
Pada masa sama, beliau turut bersetuju dengan cadangan mewajibkan CCTV di Taska membabitkan lokasi seperti bilik tidur, tempat bermain dan ruang makan kanak-kanak.
CCTV secara bersepadu membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis dengan TASKA juga mungkin wajar difikirkan sekurang-kurangnya dapat mengekang penderaan dalam kalangan kanak-kanak di premis tertentu.
Bagi peniaga makanan tambahan dalam talian, Khairulnizam Mohammad, 33, beliau menyarankan supaya mewajibkan TASKA menggajikan cuma pekerja bertauliah dan memiliki ilmu pendidikan awal kanak-kanak.
“Hanya pekerja TASKA yang memiliki pendidikan seperti sijil dan diploma pendidikan awal kanak-kanak dibenarkan bekerja di pusat jagaan itu bagi memastikan mereka tahu menangani kanak-kanak dengan bijak.
“Apabila mengambil pekerja yang tiada latar belakang ini, mereka bekerja sambil lewa dan tiada perasaan terhadap kanak-kanak,” katanya.
Sumber :
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2017/01/239446/taska-patut-diwajibkan-pasang-cctv
Shopfront Tempered Glass & glass Alluminium
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
nt