Posted on Leave a comment

KURSUS ASAS CCTV 2024

senarai kursus cctv dan door access 2024

Daftar Kursus CCTV 2023/24 Setiap Rabu & Sabtu

Terbuka untuk 15 tahun ke atas

KELEBIHAN KURSUS

  • Peluang mendapat pekerjaan

  • Dapat Meningkatkan Keyakinan Diri

  • Dapat membantu ekonomi keluarga

  • Dapat membangunkan Bisnes sendiri

  • Dapat melatih pekerja menjadi lebih mahir

kursus cctv oleh fata bestari

SINOPSIS

  • Asas Sistem CCTV
  • Jenis-jenis CCTV serta perkembangan CCTV
  • Keperluan dan kepentingan CCTV
  • Spesikasi kamera (Analog & Digital)
  • Spesikasi DVR
  • Jenis-jenis kabel yang sesuai untuk
    pemasangan CCTV
  • Jenis-jenis aksesori
    (BNC Connector, Surge Protector, Power Supply,
    UPS, Adapter, dan lain-lain)
  • Design & Wiring CCTV
  • Asas Pemasangan CCTV (Analog & digital (IP kamera))
  • Penggunaan Aksesori
  • Setting DVR dan NVR
  • Masalah utama CCTV
  • Tempat dan sudut pemasangan

Tuan Aufa Bin Fakhrur

Sangat Praktikal, yang takde asas langsung pun mudah faham. terima kasih tuan Ahmad

Tuan Ramadan

Terima kasih kepada kepada tenaga pengajar, walaupun dalam masa 1 hari tapi penyampaian sangat padat dan praktikal, mudah faham dan modul sangat teratur

Tuan Fathul

Alhamdulillah, sekarang nampak lebih jelas apa fungsi sebenar CCTV dan dalam kursus di ajarkan bagaimana nak buat sebut harga utk customer

 

Tarikh : Setiap Hari Rabu & Sabtu
Masa : 10.00am – 5.00pm

Tempat : Sri Pristana, Saujana Utama
Peserta : 10 orang shj (tempat terhad)
Umur : terbuka 15 tahun ke atas

Penyertaan akan di sertakan sijil kursus

Kursus Asas CCTV

Promosi!!!

Harga Asal Rm500❌ Harga Promo Rm 400✅ (Hari Rabu) Harga RM500 ✅ (Hari Minggu)
Posted on Leave a comment

TASKA patut diwajibkan pasang CCTV

TASKA wajib pasang CCTV

Kuala Lumpur: Semua pusat jagaan kanak-kanak (TASKA) sewajarnya diwajibkan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memudahkan pemantauan bagi mengesan sebarang kes kecuaian dan penderaan terhadap kanak-kanak di premis mereka.

Rata-rata ibu bapa dan wanita yang ditemui menggesa pengusaha TASKA menyediakan CCTV berikutan ada kes penderaan dan kecuaian berlaku ketika anak ditinggalkan di bawah pengawasan pengasuh sepanjang mereka bekerja.

Pekerja swasta, Rozieta Khamsi, 33, berkata CCTV antara alat keselamatan yang dapat membantu ibu bapa memantau terus aktiviti, keselamatan dan penjagaan anak ketika di TASKA.

 

 

Kurangkan ibu bapa risau

“Pada masa sama, mungkin ibu bapa juga boleh menghubungkan sistem CCTV dengan aplikasi telefon pintar bagi membolehkan mereka memantau sendiri keadaan anak di tempat kerja. Ini dapat mengurangkan kerisauan ibu bapa mengenai keadaan anak mereka.

“Saya mencadangkan kerajaan memberikan bantuan seperti baucar pembelian CCTV bagi setiap ibu bapa yang menghantar anak ke Taska ataupun rumah pengasuh supaya lebih ramai berpeluang meningkatkan keselamatan anak ketika jauh daripada mereka,” katanya kepada BH.

Kes bayi didera di TASKA

Dalam kejadian terbaru, sekeping gambar memaparkan tiga bayi diikat pada mulut dan badan masing-masing, didakwa menjadi mangsa dera ketika dalam jagaan sebuah TASKA dekat Seksyen 15, Bandar Baru Bangi yang dimuatkan dalam laman web.

Gambar berkenaan menjadi viral dan mengundang kecaman netizen selepas dimuat naik ke akaun Facebook menggunakan nama Ayahanda Abdul Rani Kulup dan sudah dikongsi pengguna media sosial terbabit.

 

 

Bagi ejen insurans berdaftar, Nur ‘Izzah Norman, 33, berkata ibu bapa perlu lebih peka dan menyiasat status dan latar belakang TASKA sebelum menghantar anak mereka.

“Isu ini bukan satu yang baharu dan semakin meruncing. Ibu bapa perlu peka kepada keadaan dan sejarah TASKA, siapa yang menjaga anak mereka, jadual aktiviti anak seharian dan juga menjenguk anak sesekali di Taska.

“Jadi, pengasuh dan pihak TASKA akan rasa lebih bertanggungjawab apabila melihat ibu bapa begitu mengambil berat keadaan anak mereka,” katanya.

CCTV boleh bantu kekang kes penderaan kanak-kanak

Pada masa sama, beliau turut bersetuju dengan cadangan mewajibkan CCTV di Taska membabitkan lokasi seperti bilik tidur, tempat bermain dan ruang makan kanak-kanak.

CCTV secara bersepadu membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis dengan TASKA juga mungkin wajar difikirkan sekurang-kurangnya dapat mengekang penderaan dalam kalangan kanak-kanak di premis tertentu.

 

 

Bagi peniaga makanan tambahan dalam talian, Khairulnizam Mohammad, 33, beliau menyarankan supaya mewajibkan TASKA menggajikan cuma pekerja bertauliah dan memiliki ilmu pendidikan awal kanak-kanak.

“Hanya pekerja TASKA yang memiliki pendidikan seperti sijil dan diploma pendidikan awal kanak-kanak dibenarkan bekerja di pusat jagaan itu bagi memastikan mereka tahu menangani kanak-kanak dengan bijak.

“Apabila mengambil pekerja yang tiada latar belakang ini, mereka bekerja sambil lewa dan tiada perasaan terhadap kanak-kanak,” katanya.

 

Sumber :

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2017/01/239446/taska-patut-diwajibkan-pasang-cctv